Wednesday, November 16, 2016

Travel to Korea Day 1 : Trip to korea (ITAEWON) (2016) (Autumn)

Assalammualaikum .

Pe kaboo kome ?? Lame benoo teman tak menaip. ehekehek
nak kata busy tidaklah busy mana.. Ada je ni haa . tahap kemalasan je over limit kome oii!!
sekarang tengah rajin boleh la mengupdate apa yang patut.

Soooooo sekarang dah nak abis tahun 2016. Ya Allah cepatnyaaa masa berlalu kan!!
capai tak apa yang korang nak buat tahun ni? haaa?? satu pun tarak?? hmmm
alaa macam tak biasa.. forward la tahun depan . kikikikiki
jangan putus asa. try again naaaa. FIGHTHING!!

Ok udah-udah ler pembuka kata tu . ni nak cite kita punya salah satu checklist dah success tahun ni!! Alhamdulillah. perit manis suka duka semua ada masa nak capai checklist ni tau.
nak tau takk.. tau takkkk.. kitaa kannn kannn.... dapat pergi KOREA!! KOREA uolsss!!
alhamdulillah ptptn settle so dapatla teman pergi korea tu kahkahkah.

Now let's begin the storyyyy bout my trip .

Ain pergi ni under travel agent tau. entry ni takde kaitan dengan promote travel agent ni ye. All based on my own experience. Percayaaalaa kat teman ni yeee.
___________________________________________________________________________
 Package  : 6d5n (Seoul-Nami-Jeju-Everland)
 Travel agent : M2Mjomtravel / TeamJomKeKorea
 Date : 16/10/16 till 21/10/16
 Flight : Airasiax
 Price : Rm3346 (include flight,luggage20kg(pergi&balik),makan(lunch),hotel,tiket2)
___________________________________________________________________________

ok ni peringatan ye awak2 makanan kat sana mahal. maklumla duit sana da berganda2 dari kita. masa ain pergi rate 3.78 . mak aiiii pengsan tau!! contoh duit korea 1000 won = RM3.78 .
yang mana ada niat nak shopping banyak, nak beli souvenir untuk sesape la kan. better bawakla banyak sikit RM awak tu ye. bagi gegirls i told u barang makeup / skincare sangat berbaloi beli dekat sana. bayangkanla mask muka tu bole cecah rm1 satu keping. haaa bayangkan la!! hahaha
so ada baiknya kumpul duit betol2. Macam kita pergi haritu sangat bajet. sadis😞😞😞😞mm hmm

apa yang perlu dibawa?

1)passport !! tak bawak ni hmm menangis laa awak kat klia tu hikhik

2)mycard jangan lupa yee ni kat malaysia nak guna

3) duit! ni lagi parah kalau tak bawa

4) powerbank,usb,camera . better bawak camera dari rakam guna hp sebab memory tak cukup nanti hihi

5) botol kosong ! ni mesti ada tau. toilet dekat sana tak ada paip.

6) telekung&sejadah kecil .Korea sangat susah nak jumpa masjid jadi awak boleh solat dekat mana rasa bersih ye.

7) baju tebal? hmm ikot musim lah. ain pergi time autumn . kalau pakai sweater tu dah ok dah. tapi waktu malam memang sejuk yang amat.

8) bawakla minyak cap kapak ke panadol ke mana tau tak sihat ke kan.

9) ni paling penting . haa bawak bekalan makanan banyak2 haha. travel agent provide makan time lunch je. breakfast hotel ada bagi. time malam2 tu haaa susah nak dapat makan. jadi bawaklah meggi or nasi yang dalam paket tu kan. senang nak masak. dekat hotel/guestroom boleh masak.

10) insurans jangan lupa print yee. biasa travel agent provide sekali

11) Tiket jangan lupa print. Self check in dulu tau seminggu awal.

12) Adapter jangan lupa. kalau boleh adapter dengan additional plug tu. Korea punya adapter lain sikt.

haa macam ni bentuknyaaa

ni cara iolss pack baju haha
antara barang keperluan hikhik

untuk 1st day ni . banyak habis masa dekat dalam flight je. sangat menyesal tak download cerita tau. bosan dalam flight tidur je keje .
ain punya flight jam 8.00 am. kul 5;30 am dah sampai KLIA2 . untuk yang naik airasia kena pergi ke KLIA2 yee. better pergi awal 3 jam sebelum waktu flight. sebab banyak benda awak perlu buat tau.

sampai je KLIA2 tu apa perlu buat?

1) dah self checkin kan? terus je pergi kaunter checkin luggage awak tu. tak payah susah2 nak bawak kehulu kehilir. 

2) dah settle terus je masuk departure antarabangsa tau. kalau nak makan or solat ada dalam sana. 

3) sebab apa awal? sebab nak jalan ke gate tu sangatla jauh. nanti masuk je departure tu awak kena check imegresen. kena beratur lagi. passport baru susah nak detect jangan gelabah or panik ye.
buat slow-slow. kalau nama ada blacklist ptptn harap maaf. Memang tak dapat nak keluar negara la sayang oi. Check dulu ye.

4) ada security check beg kita & badan kita. yang ni jangan bawak air lebih 100ml ye. nanti kena rampas.

5) dah lepas semua ni boleh la berjalan2 dalam tu kalau masih sempat ye. hehe 

Alhamdulillah ain sempat la naik flight. sebab 1st time pergi kan. nervous dia lain macam. hahah berlari2 jugaklah nak sampai gate tu. 
deme ni la bersengkang mata hantar ain kat KLIA2 . sayang ngat nih.

Haa belakang tu departure yee

                                       ni makanan dalam flight. tunjuk je dia tiket nanti dia bagi makanan awak ye


perjalanan dari malaysia ke korea 6 jam.
waktu korea pula cepat satu jam dari waktu malaysia



ni masa dah sampai airport korea. kena naik train nak ke arrival gate

lepas naik train nanti awak akan sampai bahagian imegresen dulu. bagi passport awak ye lepastu dia akan check awak punya passport kena cop jari & tangkap gambar dekat kaunter tu. lepastu pergi ambil luggage . dah ambil luggage terus boleh keluar dah. 

dekat pintu arrival rasa macam retis kejap sebab ramai bawak sepanduk haha. ain punya travel agent nama dia suu siap belikan ain banana milk. so sweet!! hehe. Suu bawak ain naik bas dari airport terus ke guesthouse.sejam jugak la dalam bas tu. korea pun macam kl ni . JEM everywhere haha.

ni la bahgian depan guesthouse . BEEWON guesthouse. Rate guesthouse ni 4 ****

Dalam Guesthouse ni kita boleh masak,basuh baju,sidai baju&iron baju.Dalam bilik korang dah ada hairdyer. senang nak keringkan rambut kan. nak keringkan baju ke haha. sila guna idea kreatif awak ye..lepas dah settle check in solat semua suu ajak pergi itaewon untuk dinner. kiteorang menggunakan subway untuk ke itaewon. subway station dengan guesthouse tak jauh dalam 5 minit je jalan kaki.
sampai je itaewon terus pergi ke restauran halal . lapar bak hang.


ini la kedainyaa.. ain makan yang ada telur tu. lupaa la apa namanya. harganya 10,000 won = Rm37.80. dekat kedai2 ni memang tersedia air kosong. free ajaa. so dah jimat tak payah beli air hehe.
sepanjnag duduk korea ni memang jarang minum manis. haa betul2 sihat hahaa
itaewon ni memang banyak kedai halal. so korang kalau lapar nak makan boleh la pergi ke itaewon  ye.

lepas makan kiteorang jalan2 area situ kemudian singgah ke masjid terbesar di Korea .
tak dapat masuk dalam sebab dah lewat.huhu
lepas tengok2 sekeliling kiteorang terus balik ke guesthouse. penat tapi excited! oh ye pasal wifi tak perlu risau. mana2 pun ada wifi. dekat stesen subway pun ada wifi. tak perlu la beli simcard ye. mahal nauu.

ok sampai sini je bebel2 untuk day 1. YEAY!
ain ada buat video jugak dekat youtube. Boleh tengok la ye klik sini ye untuk day 1 punya video
kalau tengok video lagi jelas rasanya. 

lenguh tangan kome oii.. selamat membaca. anneyounghaseyooo..  

DAY 2 UPDATE! KLIK SINI

No comments: